
Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi KGMMB Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga anggota Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaborkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.
Kejayaan perniagaan dan perkhidmatan masa kini amat bergantung kepada kepantasan dan ketepatan bagi membolehkan pelanggan yakin dengan organisasi yang dianggotainya selain dari kepuasan kepada perkhidmatan yang diberi dan jaminan mutu keluaran. Koperasi perlu ke arah perniagaan yang bermatlamatkan keusahawanan untuk memastikan ia berjaya selain dari mengekalkan perniagaan kredit traditional seperti yang disarankan oleh Kementerian Pembanggunan Usahawan dan Koperasi.
Bagi meraih peluang perniagaan baru yang disediakan dan mengukuhkan aktiviti perniagaan dan pelaboran sedia ada, satu pelan strategik koperasi telah dibentuk bagi memastikan arah tuju perniagaannya mengikut perancangan yang di gariskan.
Dokumen ini di hasilkan bagi menyambung perancangan yang di buat dalam pelan Strategik Koperasi 2000-2005. Dokumen ini memberi penumpuan kepada beberapa tindakan dan keputusan yang perlu dibuat demi mencapai matlamat yang diharapkan.
Dalam pada itu, adalah amat perlu kajian dan pindaan di buat dari masa ke semasa bagi menjamin keberkesanan apa yang di rancang agar sentiasa berada dilandasan yang betul, tidak terkeluar dari matlamat asas ianya ditubuhkan.