Syarat & Kelayakan

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN DAN DOKUMEN SOKONGAN.

1.1 Pemohon hendaklah melengkapkan borang Bon Pembiayaan (BP1) yang telah disediakan.

1.2 Bon Pembiayaan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menandatanganinya bersertakan cop jawatan masing-masing.

1.3 Pemohon hendaklah menyertakan salinan asal penyata gaji untuk 3 bulan terakhir dan salinannya yang disahkan oleh majikan. Penyata gaji asal akan dikembalikan kepada pemohon setelah ada rekod potongan BPA.

1.4 Pemohon hendaklah melampirkan satu salinan Kad Pengenalan Pemohon didalam kertas bersaiz A4.


1.5 Salinan diatas hendaklah disahkan oleh majikan pemohon.

1.6 Menyertakan Borang Penentuan Had Kelayakkan Pembiayaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembiayaan Koperasi ini.

1.7 Menyertakan Borang BPA 1/79 bahagian I & II hendaklah dilengkapkan oleh anggota dan bahagian IV dilengkapkan oleh majikan.

2. HAD PEMBIAYAAN

2.1 Had maksima pembiayaan pengguna pada satu-satu masa hendaklah tidak melebihi RM30,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ribu Sahaja) atau 20 kali gaji pokok dan elaun tetap, mana yang terendah.

2.2 Had potongan gaji bulanan hendaklah tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji termasuk potongan semua pembiayaan termasuk pembiayaan baru.

2.3 Bagi anggota yang baru diterima keanggotaannya, permohonan pembiayaannya akan dikenakan bayaran saham tambahan sebanyak sepuluh peratus daripada jumlah pembiayaan yang dimohon. Bayaran tambahan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun saham anggota berkenaan mengikut tempoh pembiayaan yang diluluskan.