Jom Jalan!


Jangan Lepaskan Peluang!

MOU Koperasi KGMMB Bhd & Berita Harian.

MOU Koperasi KGMMB Bhd & Berita Harian.


MIOR (kanan) bersama Dr Abdul Raheem pada majlis menandatangani perjanjian Kempen Keselamatan Jalan Raya di Balai Berita, semalam.


Berita Harian, KGMMB meterai MoU
KUALA LUMPUR: Koperasi Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Berita Harian bagi melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang bermula 8 Februari hingga Mei ini.

Ia ditandatangani antara Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid dengan Pengerusi KGMMB, Dr Abdul Raheem Mohd Yusof yang disaksikan Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mahfar Ali dan Timbalan Pengerusi KGMMB, Suhaimi Ramli pada satu majlis yang diadakan di Balai Berita, di sini, semalam.

Melalui kempen itu, 300,000 tiket penerbangan dua hala berharga RM70 bagi destinasi domestik dan RM110 bagi destinasi serantau ditawarkan kepada pembaca Berita Harian.

Bagi mendapatkan tiket harga istimewa itu, pembaca dikehendaki mengumpul tujuh keratan kepala akhbar Berita Harian selama seminggu bermula dari 15 Februari. Hanya satu pembelian dibenarkan bagi tujuh keratan dan ia akan berakhir sehingga tiket yang disediakan habis.

Abdul Raheem berkata, kempen ini adalah julung kali diadakan KGMMB yang mana selain menggalakkan orang ramai bercuti ia juga bagi menimbulkan kesedaran di kalangan pemilik kenderaan terhadap aspek keselamatan terutama dari segi penyelenggaraan kenderaan seperti brek, minyak hitam dan tayar.

”Melalui kempen ini KGMMB menyediakan kemudahan pinjaman kewangan kepada pemilik kenderaan terutama kakitangan kerajaan untuk mereka menyelenggara kenderaan masing-masing di samping memberikan tips berguna untuk mengurangkan kemalangan,” katanya.

Majlis Menandatangani MOU Kempen Keselamatan Jalan Raya Kop KGMMB Bhd-Berita Harian Antara Kop. KGMMB Bhd Bersama Berita Harian.

Berita Harian, KGMMB tawar 300,000 tiket penerbangan .
KUALA LUMPUR: Koperasi Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (KGMMB) dan Berita Harian menawarkan 300,000 tiket penerbangan dua hala dengan potongan harga rendah untuk destinasi domestik dan serantau sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Kop KGMMB Bhd-Berita Harian mulai 15 Februari hingga hujung Mei depan.

Tiket RM70 untuk destinasi domestik dan RM110 serantau itu boleh dimiliki pembaca Berita Harian yang mengumpul kepala akhbar surat khabar itu selama tujuh hari berturut-turut dan menebusnya bagi mendapatkan satu tiket di kaunter Balai Berita Bangsar, pejabat KGMMB dan cawangan The New Straits Times (NSTP) seluruh negara.

Pengerusi KGMMB Bhd, Dr Abdul Raheem Mohammad Yusof, berkata promosi ini sebahagian Kempen Keselamatan Jalan Raya Kop KGMMB-Berita Harian bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati sewaktu memandu.

“KGMMB Bhd berbangga dapat memberi sumbangan kepada usaha kerajaan dalam mencapai kadar kemalangan jalan raya pada tahap minimum.

“Kami berasakan cara ini sebagai pendekatan kreatif dan inovatif kerana dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya dan pembaca amnya untuk keluar bercuti bagi mengurangkan tekanan daripada kesesakan lalu lintas contohnya yang menjadi antara penyebab kemalangan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid di Balai Berita NSTP, di sini, semalam.

Perjanjian disaksikan Timbalan Pengerusi KGMMB, Suhaimi Ramli dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mahfar Ali itu turut ditandatangani Setiausaha KGMMB, Awi Abdul Jalil serta Bendahari KGMMB, Nor Azman Nordin.

Kempen ini turut disokong Flyfirefly Sdn Bhd yang bermurah hati menyumbangkan tiket berharga rendah itu.


Keratan akhbar Harian Metro, Rabu 03 Februari 2010.

PROMOSI PENTAIR WATER FILTRATION SYSTEM. (Sistem Penapis Air Untuk Satu Rumah)






Dapatkan sekarang! Hanya Rm 40 Sahaja.... Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut!

Perasmian Ar-Rahnu X`Change Koperasi KGMMB Berhad di Pusat Perniagaan Cheras Maju Balakong.



Alhamdulillah.. Seiring dengan moto Koperasi KGMMB Bhd untuk maju dan memperkukuhkan ekonomi bumiputera, Koperasi telah mengambil satu perniagaan francais yang berdaya maju dan saing iaitu Ar-Rahnu X`Change. Lokasi perniagaan telah dikenalpasti iaitu di PUSAT PERNIAGAAN CHERAS MAJU BALAKONG.

Majlis akan di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada Jumaat, 12 Februari 2010, jam 9.30 pagi. Insallah, kita doakan majlis ini akan berlangsung dengan lancar dan sempurna.

Semoga penduduk sekitar Cheras/Balakong dan mana-mana jua menyokong entiti baru Koperasi ini....

KDSB Batu Pahat Pindah Ke Lokasi Baru..


Salam.. Bermula November 2009, kami telah berpindah ke lokasi baru iaitu di :
No. 46, Jalan Flora Utama 4, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor. (Bersebelahan bangunan Carrefour/Square One Batu Pahat).

Kawasan ini merupakan tempat tumpuan ramai untuk membeli-belah dan mempunyai kawasan letak kereta yang besar.