Proses Pembiayaan (Mudahnyaaa.....)

1) Lengkapkan borang pembiayaan Anda beserta dokumen sokongan :
1.1 Slip gaji asal terkini, beserta 2 salinan fotokopi yg di sahkan.
1.2 2 salinan fotokopi k/p dan disahkan.


2) Hantar / pos ke pejabat KGMMB Dagang Caw. Johor.

3) Proses kelulusan , 1 hari (dokumen lengkap).

4) Barangan akan dihantar kepada Anda selepas kelulusan diperolehi.

5) Bayaran melalui potongan gaji oleh Angkasa.

Kami juga boleh mengurus pembelian yang dibuat di luar kawasan Johor.

* Dapatkan Borang Pembiayaan Anda Sekarang! Kami akan Pos Kepada Anda......

Telefon Bimbit

Harga H/P NOKIA (Julai 2009)







Ansuran Mudah Pengguna , Khas Untuk Guru-Guru & Kakitangan Kerajaan.




Kini , ansuran mudah untuk kemudahan anda! Hanya dari KGMMB Dagang Sdn Bhd.....

KELEBIHAN :

* Had Pembiayaan Maksimum Hingga Rm 30,000..

* Tempoh Pembiayaan Maksimum Hingga 7 Tahun (84 bulan)....

* Ansuran Mudah Terendah, Hanya 0.54% Sebulan (Tertakluk Pada Terma & Syarat)..

* Kelulusan Segera.. (1 hari) Sekiranya Dokumen Lengkap...

* Tanpa Penjamin.. Pembiayaan Anda Di insuranskan..

* Tanpa Yuran Pemprosesan.

* Guna Dahulu Barangan Hingga 60 Hari, Baru Anda Bayar..

* Dapatkan Barangan Elektrik (Berjenama), Perabot, Telefon Bimbit (Nokia, Samsung dll), Komputer, Barangan Kemas, Alat Kesihatan, Pakej Umrah, Motorsikal DLL.......


Maklumat Lanjut, Hubungi Kami Di ,

KGMMB Dagang Sdn Bhd,
No. 46, Jalan Flora Utama 4,
Taman Flora Utama,
83000 Batu Pahat, Johor.
Tel / Faks : 07-4329554.


atau

email : kdsb_bp@kopkgmb.com.my

Borang Pembiayaan

Untuk mendapatkan Borang Pembiayaan, sila hubungi :

KGMMB Dagang Sdn Bhd,
No. 46, Jalan Flora Utama 4,
Taman Flora Utama,
83000 Batu Pahat, Johor.
Tel / Faks : 07-4329554.

Syarat & Kelayakan

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN DAN DOKUMEN SOKONGAN.

1.1 Pemohon hendaklah melengkapkan borang Bon Pembiayaan (BP1) yang telah disediakan.

1.2 Bon Pembiayaan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menandatanganinya bersertakan cop jawatan masing-masing.

1.3 Pemohon hendaklah menyertakan salinan asal penyata gaji untuk 3 bulan terakhir dan salinannya yang disahkan oleh majikan. Penyata gaji asal akan dikembalikan kepada pemohon setelah ada rekod potongan BPA.

1.4 Pemohon hendaklah melampirkan satu salinan Kad Pengenalan Pemohon didalam kertas bersaiz A4.


1.5 Salinan diatas hendaklah disahkan oleh majikan pemohon.

1.6 Menyertakan Borang Penentuan Had Kelayakkan Pembiayaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembiayaan Koperasi ini.

1.7 Menyertakan Borang BPA 1/79 bahagian I & II hendaklah dilengkapkan oleh anggota dan bahagian IV dilengkapkan oleh majikan.

2. HAD PEMBIAYAAN

2.1 Had maksima pembiayaan pengguna pada satu-satu masa hendaklah tidak melebihi RM30,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ribu Sahaja) atau 20 kali gaji pokok dan elaun tetap, mana yang terendah.

2.2 Had potongan gaji bulanan hendaklah tidak melebihi 60% daripada jumlah gaji termasuk potongan semua pembiayaan termasuk pembiayaan baru.

2.3 Bagi anggota yang baru diterima keanggotaannya, permohonan pembiayaannya akan dikenakan bayaran saham tambahan sebanyak sepuluh peratus daripada jumlah pembiayaan yang dimohon. Bayaran tambahan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun saham anggota berkenaan mengikut tempoh pembiayaan yang diluluskan.

Kgmmb Dagang Sdn Bhd



Bahagian Perdagangan mengandungi unit-unit perdagangan barangan pengguna, insuran dan perlancongan. Peranan bahagian adalah memasarkan produk/ barangan yang di niagakan untuk memenuhi citarasa anggota melalui kemudahan pembiayaan yang di sediakan oleh koperasi, mempelbagaikan jenis dan jenama produk jualan, memastikan produk jualan berkualiti dan berjaminan dalam menyediakan lepas jualan yang memuaskan pelanggan.

Matlamat KGMMB Dagang (M) Sdn Bhd

Meningkatkan jualan barangan penguna dengan menawarkan produk yang bermutu tinggi mengikut citarasa pelanggan, memberi perkhidmatan yang memuaskan, mempergiatkan aktiviti promosi dan pameran bertujuan meningkatkan pendapatan serta memberi pulangan yang berpatutan kepada koperasi.

Untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang KGMMB Dagang Sdn Bhd, kunjungilah cawangan Kedai Dagang yang berhampiran dan nikmatilah pelbagai tawaran menarik seperti : -

BARANGAN KEMAS, PERABOT, BARANGAN ELEKTRIK, TELEFON BIMBIT, KOMPUTER, ALAT KESIHATAN, PAKEJ UMRAH, MOTOR, INSURANS KENDERAAN & CUKAI JALAN SERTA RANGKA PINTU, TINGKAP DAN LAIN-LAIN.


Alamat Ibupejabat,

KGMMB Dagang (M) Sdn Bhd. (380285-K)
720, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur,
Tel : 03-40429276 Faks : 03-40426258
(Syarikat Kumpulan Koperasi KGMMB Berhad)

Pengenalan


Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi KGMMB Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga anggota Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaborkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.

Kejayaan perniagaan dan perkhidmatan masa kini amat bergantung kepada kepantasan dan ketepatan bagi membolehkan pelanggan yakin dengan organisasi yang dianggotainya selain dari kepuasan kepada perkhidmatan yang diberi dan jaminan mutu keluaran. Koperasi perlu ke arah perniagaan yang bermatlamatkan keusahawanan untuk memastikan ia berjaya selain dari mengekalkan perniagaan kredit traditional seperti yang disarankan oleh Kementerian Pembanggunan Usahawan dan Koperasi.

Bagi meraih peluang perniagaan baru yang disediakan dan mengukuhkan aktiviti perniagaan dan pelaboran sedia ada, satu pelan strategik koperasi telah dibentuk bagi memastikan arah tuju perniagaannya mengikut perancangan yang di gariskan.

Dokumen ini di hasilkan bagi menyambung perancangan yang di buat dalam pelan Strategik Koperasi 2000-2005. Dokumen ini memberi penumpuan kepada beberapa tindakan dan keputusan yang perlu dibuat demi mencapai matlamat yang diharapkan.

Dalam pada itu, adalah amat perlu kajian dan pindaan di buat dari masa ke semasa bagi menjamin keberkesanan apa yang di rancang agar sentiasa berada dilandasan yang betul, tidak terkeluar dari matlamat asas ianya ditubuhkan.